[Info Bahan] Milia Seed

Apa itu milia?

Milia ni kita boleh nampak dekat kawasan mata kita. Dia nampak macam jerawat tapi dia bukan jerawat. Milia ni dia macam small bump atau cysts. Milia terjadi apabila keratin, serpihan kulit dan protein terperangkap bawah kulit. Nak buang milia seed ni memerlukan usaha yang konsisten tetapi kalau anda bertuah, milia seed tersebut akan hilang dengan sendiri.

Ada banyak research dilakukan dalam usaha membasmi milia seed ni tapi tak ada lagi yang boleh singkirkan milia seed 100% dan dengan cepat. Namun begitu, ada beberapa cadangan yang anda boleh ikut untuk singkirkan milia seed ini. Antaranya ialah ekstrak rose, cinnamon dan honey. Ini kerana bahan-bahan tersebut mempunyai sifat antibakteria yang boleh merawat masalah kulit.

Selain daripada itu, anda tidak digalakkan untuk memicit atau membuang milia seed dengan tangan atau apa apa peralatan dengan sendiri kerana risiko untuk kena infection adalah tinggi dan boleh tinggalkan kesan parut! Dah lah ada milia seed, ada parut pula. Penat tu nak hilangkan dua dua!

Ada beberapa cara untuk mengelakkan daripada tumbuhnya milia seed, antaranya ialah:

  • Elakkan daripada terdedah dengan matahari secara kerap. Sebab itu lah selalu saya tekankan betapa pentingnya sunscreen! Sunscreen sangat membantu dalam penjagaan muka yang sihat dan bersih.
  • Elakkan daripada menggunakan oil-based produk berlebihan. Sebab itu apabila kita buat double cleansing, kita akan basuh muka sekali lagi dengan water-based cleanser. Ini kerana, water-based cleanser dapat menyingkirkan kotoran berlebihan pada muka kita selepas menggunakan oil-based cleanser.
  • Exfoliate 2-3 kali satu minggu sahaja! Kalau anda sayang akan kulit anda, jangan pernah exfoliate lebih daripada 3 kali seminggu.

JRM Rose Spring Water

InshaAllah jika anda mengikut tips-tips di atas, milia seed akan berkurangan. Don’t give up keep it up!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Minimum order amount is RM100.00
×