[Info Bahan] Tips untuk mencerahkan parut jerawat

Selain daripada jerawat, parut adalah musuh utama kita semua. Nak hilangkan jerawat senang tapi nak hilangkan parut tu, makan masa yang sangat lama. Sesetengah individu ambil masa bertahun untuk hilangkan parut jerawat. Namun begitu, jangan lah kita cepat sangat putus asa. Good things take time, remember? Walaupun parut akan hilang dengan sendiri, kita boleh bantu parut tersebut untuk hilang dengan lebih cepat. Bagaimana? Teruskan membaca!

  1. Aloe Vera ialah salah satu bahan yang popular dalam merawat parut. Kalau ada pokok aloe vera tu lagi best sebab dia asli. Apabila asli, proses untuk hilangkan parut untuk akan lebih cepat. Tak ada bahan lain yang mengganggu. Sapu 2 kali sehari.
  2. Minyak Kelapa juga membantu dalam merawat parut. Sapukan minyak kelapa ke parut dan urut selama 10 minit. Kemudian, tinggalkan minyak tersebut selama satu jam. Untuk melihat kesan yang ketara, buat hari hari.
  3. Apple Cider Vinegar. Yeap, cuka memang tidak digalakkan untuk kulit. Namun begitu, dengan penggunaan yang sedikit dapat mengatasi masalah tersebut. Sebelum penggunaan, haruslah mencampurkan apple cider vinegar ini dengan air. Ratio 50:50. Kalau boleh lebihkan sikit air tu. Seterusnya ambil lah cotton pad dan sapu kan ke parut tersebut.
  4. Lactic Acid. Produk yang mengandungi lactic acid sangat membantu dalam pencerahan parut jerawat. Namun begitu, percentage untuk lactic acid itu hendaklah sekurang-kurangnya 5% bagi pengguna yang baru. Hal ini disebabkan, percentage acid yang tinggi mampu untuk membahayakan kesihatan kulit. Tetapi jika parut anda itu terlampau teruk, percentage paling tinggi anda boleh ambil ialah 10% sahaja. Tidak boleh lebih daripada itu.
  5. Salicylic Acid sangat membantu dalam membersihkan liang pora, mengurangkan kemerahan di muka dan bertindak sebagai exfoliator. Selain daripada membantu dalam mengurangkan jerawat, salicylic acid ini juga sangat bagus dalam menyingkirkan parut jerawat.

Ini adalah antara top 5 dalam mencerahkan parut jerawat. Kalau cuba sekali, confirm tak menyesal!

JRM Marjane Oil
JRM Rose Spring Water

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Minimum order amount is RM100.00
×